Pelajar-pelajar Terbaik SPM 2007 - Azali Azlan Pecah Rekod (21A) - Bulletin Utama
Azali Azlan - Sabar Dan Konsisten Kunci Kejayaan Pelajar Cemerlang
Azali yang bercita-cita untuk menjadi seorang profesor berkata beliau tidak mempunyai jadual pembelajaran tertentu dan hanya belajar mengikut kesesuaian dirinya."Saya tak pernah ada jadual kerana kalau ada jadual, saya akan rasa tertekan sebab kena ikutnya, jadi saya belajar bila rasa ada semangat untuk belajar tetapi semangat itu kita kena rangsang selalu," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman keputusan SPM 2007 oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Azali yang turut aktif dalam aktiviti kokurikulum berkata, keputusan mengambil 21 mata pelajaran pada SPM 2007 bukan untuk mengatasi rekod SPM tahun-tahun sebelum ini."Bagi saya kalau buat untuk memecahkan rekod, ia sebenarnya tak ada apa-apa tetapi saya buat untuk saya sendiri dan untuk cikgu dan ibu bapa," katanya yang sentiasa bertawakkal kepada Allah.
Motivasi Pelajar - Azali Azlan - Pelajar Terbaik SPM 2007 dengan 21A - Rekod Terbaik SPM
Bagaimanapun, bagi Azali Azlan, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah, dia berpuasa, memakan buah kurma, minum madu dan susu sepanjang tempoh peperiksaan menjadi amalan utamanya.
Dia memperoleh 20 1A dan satu 2A mengatasi rekod Nur Amalina Che Bakri yang hanya memperoleh 17 1A. Menurut Azali, dia mengambil 21 mata pelajaran bukan untuk memecahkan rekod, sebaliknya melakukan untuk kepuasan diri sendiri.�Tujuan asal saya bukan untuk mengatasi mana-mana rekod, tapi saya buat untuk diri sendiri serta cikgu. Bagi saya, jika buat semata-mata untuk memecahkan rekod, ia tidak memberi apa-apa makna.�Ini sebagai hadiah kepada semua guru saya,� katanya ketika ditemui selepas pengumuman pelajar cemerlang SPM di Kementerian Pelajaran di sini, semalam.
Azali mendapat 20 1A bagi mata pelajaran:
Dia mendapat 2A dalam Bahasa Inggeris untuk Sains dan Teknologi.
Azali berkata, ketika membuat keputusan mengambil 21 mata pelajaran, guru banyak memberi nasihat dengan menerangkan kebaikan dan keburukannya jika mengambil banyak mata pelajaran.�Cikgu tidak pernah cakap jangan (ambil 21 mata pelajaran), tapi cikgu menjelaskan kebaikan dan keburukannya. Ini kerana mereka bimbang saya tidak boleh menguasai semua mata pelajaran. �Namun, saya percaya dengan diri sendiri, Saya percaya pada Tuhan. Alhamdulillah, cikgu banyak membantu. Mereka tolong dapatkan buku teks yang diperlukan. Itu sebab saya katakan ini (kejayaan) bukan untuk diri sendiri tapi untuk guru dan ibu bapa,� katanya.Dia lebih banyak belajar sendiri dengan bantuan guru dan tidak menghadiri tuisyen di luar sekolah berikutan tinggal di asrama.
Anak ketiga dari lima beradik itu mendapat 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), selain aktif dalam kegiatan sekolah, malah pernah dinobatkan sebagai Tokoh Nilam Kebangsaan 2007.Anak pasangan guru, Azlan Othman, 51, dan Rozita Sanapi, 46, dari Tikam Batu, Kedah, itu berkata pendorong utama untuk belajar datang daripada kakak sulung yang ketika ini melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Cook Universiti, Ireland.
Ditanya mengenai resipi kejayaan dan cara belajar yang dilakukan hingga memperoleh keputusan cemerlang, dia berkata: �Saya belajar dengan sabar. Bagi saya dalam perjuangan mesti ada dugaan dan cabaran daripada Allah, jadi sebagai pelajar Islam adalah perlu bagi saya untuk sabar dengan dugaan kerana setiap kesusahan itu ada kesenangan.�Cuma ketika musim peperiksaan, pengetua menyarankan saya makan kurma, minum madu dan susu, malah sebagai persediaan menghadapi peperiksaan saya berpuasa dari hari pertama peperiksaan hingga hari terakhir.�Bagi saya, itu usaha terakhir yang boleh dilakukan selepas berusaha,� katanya yang bercita-cita menjadi profesor.
Azali juga mengakui pernah berputus asa, bagaimanapun menganggapnya sebagai satu dugaan yang perlu dihadapi sebelum mencapai kejayaan yang diingini.�Pernah juga rasa tak boleh menguasai (mata pelajaran). Itulah dugaan yang saya alami sebenarnya. Untuk pulihkan keyakinan saya jumpa kaunselor, selain berbincang dengan ayah dan keluarga.�Mereka banyak bagi kekuatan untuk saya. Biasanya ayah akan nasihatkan saya supaya melakukannya selagi ia bukan satu dosa. Kemudian, saya akan cuba bina keyakinan diri untuk meneruskan usaha,� katanya.
Motivasi Pelajar - Tekun punca Azali Azlan dapat 21 A dalam SPM 2007
Menurut anak kelahiran Butterworth itu, sikap tersebut terbukti berjaya membina kekuatan dalaman dalam dirinya bagi menghadapi sebarang cabaran yang mendatang.
��Dalam usaha mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan SPM, saya menghadapi dugaan dan cabaran.
��Sebagai seorang Islam, saya bersabar dengan setiap dugaan kerana setiap kesusahan itu ada kesenangannya,� kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah itu yang bercita-cita mahu menjadi profesor dalam bidang bioteknologi.
Ketika ditemui selepas Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2007 oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom di sini hari ini, Azali memberitahu, dia tidak mempunyai jadual belajar yang lengkap seperti sesetengah pelajar lain.
��Saya tidak pernah mempunyai jadual kerana kalau ada jadual saya akan berasa tertekan sebab perlu mengikutinya. Saya belajar apabila saya rasa ada semangat untuk belajar.
��Tetapi semangat itu kita sendiri yang kena merangsangnya selalu,� kata Azali yang turut mendapat Anugerah Tokoh Nilam Kebangsaan 2007.
Azali mendapat 20 1A bagi subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Sains, Kesusasteraan Melayu, Geografi, Bahasa Arab Tinggi, Perdagangan, Prinsip Akaun, Ekonomi, Fizik, Kimia, Biologi, Tasawur Islam, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Syariah Islamiah, Seni Visual dan Pendidikan Islam.
Dia juga mendapat 2A untuk subjek English for Science and Technology.
Dia yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik berkata, ayahnya seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Kadir di Kepala Batas dan ibunya juga seorang guru.
Menurut Azali, ibunya mengajar subjek Kemahiran Hidup dan Katering di Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Ahmad Badawi manakala bapanya mengajar subjek Kemahiran Hidup dan Sains Pertanian.
Pelajar cemerlang itu bagaimanapun berkata, keputusannya untuk mengambil 21 mata pelajaran pada SPM 2007 bukan kerana mahu mengatasi rekod SPM tahun-tahun sebelum ini.
��Bagi saya, kalau saya buat untuk memecahkan rekod, ia sebenarnya tidak bermakna apa-apa,� katanya.
Menurutnya, dia mendapat keputusan lima A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan sembilan A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).
Sementara itu, calon yang memperoleh 16 1A iaitu Quek Khai Ren dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hwa Lian, Mentakab, Pahang berkata, kejayaannya dalam SPM adalah hasil daripada sokongan dan dorongan kedua-dua ibu bapanya serta tunjuk ajar guru.--(Utusan)
Motivasi Pelajar - Makan kurma dan berpuasa, rahsia Azali capai 20 1A
Azali yang merupakan calon tunggal mengambil 21 mata pelajaran dalam SPM tahun lalu begitu bersyukur kerana segala usahanya selama ini berhasil.
�Alhamdulillah, saya begitu bersyukur dan sungguh tidak menyangka mencapai keputusan yang cemerlang memandangkan saya hanya mendapat 18A1 dan 3A2 semasa peperiksaan percubaan.
�Justeru saya mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru yang mengajar saya daripada tadika hingga sekolah menengah kerana ini bukan kejayaan saya seorang tetapi kejayaan kami bersama,� katanya selepas diumumkan sebagai antara pelajar cemerlang SPM 2007 oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Alimuddin Mohd Dom, di sini, Rabu.
Antara mata pelajaran yang diduduki Azali adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam, Mathematics, Science, Kesusateraan Melayu, Geografi, Bahasa Arab Tinggi, Perdagangan, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Physics, Chemistry, Biology, Tasawwur Islam, Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Seni Visual, English for Science & Technology dan Additional Mathematics.
Ditanya apa yang mendorongnya mengambil banyak mata pelajaran dalam SPM, beliau yang juga pernah mendapat anugerah Tokoh Nilam Kebangsaan tahun lalu, berkata itu hanya untuk kepuasan dirinya dan juga untuk ibu bapa serta guru. �Saya tidak pernah berniat untuk menandingi sesiapa, cuma saya rasa mampu untuk melakukannya dan ia berhasil,� kata Azali yang juga aktif dalam aktiviti ko-kurikulum di sekolahnya.
Azali berkata, hanya 12 mata pelajaran yang menawarkan pembelajaran di dalam kelas manakala bagi sembilan mata pelajaran lagi, beliau hanya mengulangkaji sendiri. �Justeru, saya banyak melakukan solat hajat memohon supaya diberikan petunjuk dan bertawakal kepada Allah,� katanya.
Azali berkata, beliau juga tidak mempunyai jadual pembelajaran kerana padanya itu akan membuat beliau berasa tertekan. �Jika ada jadual, kita akan rasa tertekan kerana perlu mengikut jadual yang kita tetapkan itu. �Justeru, saya hanya belajar apabila saya bersemangat tetapi pastikan semangat itu selalu ada,� kata anak kepada pasangan guru, Azlan Osman dan Rozita Sarapir yang berasal dari Sungai Petani, Kedah ini.
Azali berkata, jika diberi peluang, beliau ingin menyambung pelajarannya dalam bidang bioteknologi di Amerika atau United Kingdom. �Bagaimanapun, saya sebenarnya tidak kisah sama ada belajar di dalam mahu pun di luar negara asalkan cita-cita saya ingin menjadi seorang professor tercapai,� katanya.
Motivasi Islam - Bersifat positif terhadap dunia
Tuntutan al-Quran agar manusia aktif dalam mengharungi kehidupan dunia adalah sesuai dengan status dan fungsinya sebagai manusia. Manusia terdiri daripada roh dan jasad.
Kedua-duanya memerlukan santapan jasmani dan rohani. Di dalam al-Quran manusia dituntut seimbang antara rohani dan jasmani. Dari mana manusia mengetahui Islam mengajarkan bahawa jasmani dan rohani harus seimbang?
Ternyata kata al-hayaat dan al-mamaat di dalam al-Quran yang jumlah hurufnya sama iaitu enam dan ini berulang sama banyak iaitu 145 kali. Jadi ini salah satu bukti bahawa antara rohani dan jasmani diperintahkan agar seimbang.
Jadi salah, jika ditekankan bahawa yang penting adalah solat atau yang penting kerja. Hakikatnya yang betul adalah solat dikerjakan pada waktu solat dan kerja dilakukan pada waktu bekerja. Inilah yang dituntut oleh agama agar manusia menjalani hidupnya secara realistik.
Kejadian manusia yang terindah ini adalah kerana keseimbangan dan kesesuaiannya, sebab itu Islam sahajalah satu-satunya agama yang penuh perseimbangan yang dapat membimbing manusia menuju kebahagiaan dunia dan akhirat.
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: Bukan yang terbaik di antara kamu yang mendahulukan akhirat sementara dunia ditinggalkan atau mendahulukan dunia sementara akhirat ditinggalkan. Yang terbaik di antara kamu adalah yang menghimpun keduanya.
Pemahaman yang tidak komprehensif terhadap ayat-ayat dan hadis-hadis telah mendorong sebahagian orang Islam untuk hidup secara zuhud, menahan diri dari hal-hal yang bersifat duniawi. Sebaliknya mendorong mereka untuk hidup secara solih.
Bahkan ada yang hidup secara ekstrem dan berkelakuan seperti rahib dengan menolak segala kemewahan dan kesenangan hidup, tidak mempedulikan makan minum, berpakaian seadanya, tidak memikirkan harta kekayaan dan sebagainya, kerana takut terpedaya oleh pesona dunia.
Demikian tanpa sedar manusia yang diperdaya oleh syaitan menyimpang dari as-Shiraath al-Mustaqim dan menbawa kepada sikap ekstrem yang tidak sesuai dengan agama Islam yang sebenar.
Secara umumnya memang kehidupan dunia berpotensi besar melalaikan atau melengahkan. Dalam surah al-Hadid ayat 20 Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasaan (yang mengurang) juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakan harta benda dan anak-anak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke satu masa tertentu), selepas iti engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula keampunan besar serta keredhaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
Hakikat
Hakikatnya ayat ini dan ayat-ayat yang serupa, bukan kecaman terhadap dunia, yang menjadikan seseorang harus mengutuk dan mengabaikannya. Ayat ini dan ayat-ayat semacamnya, menggambarkan kehidupan duniawi orang-orang yang melalaikan agama. Bagi orang-orang yang beriman mereka menjadikan dunia sebagai ladang untuk akhirat. Mereka berupaya meraih dunia dengan berpedoman nilai-nilai Ilahi, bahkan berusaha menguasainya. Akan tetapi, tidak menjadikan dunia menguasai diri mereka
Rasulullah adalah dikatakan makhluk yang paling mulia tanpa tandingan. Rahsianya bukan kerana baginda raja atau hartawan dan sebagainya, tetapi hanya kerana baginda adalah sebenar manusia yang dapat mendaki kemuncak kemanusiaannya. Itulah apa yang dikenali sebagai insan Kamil iatu baginda makan dan minum, tidur dan berkahwin seperti manusia lain.
Rasul sendiri bersabda: Hiburilah hatimu dari saat ke saat. Beliau membolehkan menyanyi dan mendengarnya, selama nyanyian itu tidak bertentangan dengan nilai-nilai agama. Beliau tertawa, bergurau dan berolahraga. Baginda adalah hamba Allah yang paling bertakwa.
Ramai yang silap faham menganggap yang mulia dan bertakwa itu ialah tidak ada langsung kehidupan dunia. Mereka ingin terus berpuasa atau solat tanpa tidur.
Rasulullah pernah bersabda bermaksud: akulah yang paling takut dan arif dengan Tuhan kamu semua tetapi aku puasa dan aku berbuka dan aku tidur dan aku bangun berjaga malam untuk solat dan aku kahwini wanita maka siapa yang tidak ingin mengikut sunahku dia bukan umatku.(Riwayat Muslim).
Sebenarnya apa yang dimaksudkan kehidupan orang yang bertakwa tidak bererti dunia diabaikan. Takwa adalah dasar untuk kehidupan dunia dan akhirat. Allah banyak membicarakan di dalam al-Quran bahawa seseorang yang bertakwa akan memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat.
Orang yang bertakwa akan mempertahankan perseimbangan dunianya dan akhirat, perseimbangan dalam kehidupan rumah tangga, juga dalam setiap urusan yang lain.
Allah mengingatkan bahawa kita tidak boleh meninggalkan masalah dunia dan harus berbuat baik sebagaimana Allah berbuat baik kepada kita.
Firman Allah s.w.t. dalam surah An Nisaa� ayat 134 yang bermaksud: Barangsiapa yang menghendaki pahala di dunia sahaja (maka ia rugi), kerana di sisi Allah ada pahala di dunia dan di akhirat. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Sekalipun mesej takwa lebih berorientasikan akhirat, seseorang yang bertakwa juga akan mendapatkan dunia.
Dalam al-Quran diingatkan, kita harus faham akan kehidupan di dunia. Kalau tidak, di akhirat nanti kita akan kebingungan. Sikap Muslim menghadapi dunia ini harus positif, dengan hidup sebagai khalifah yang mewakili Allah untuk mengatur dan memakmurkan dunia.
Oleh kerana itu manusia diharamkan merendahkan diri terhadap alam raya ini, sebab dengan demikian itu manusia telah menpersendakan rencana dan ketentuan Allah yang memulia dan melebihkan manusia terhadap makhluk-Nya yang lain.
Sikap rendah diri atau tidak terdaya menghadapi dunia adalah tercela, kononnya bersikap pasrah kepada dunia. Sikap pasrah dan tawaduk (merendahkan diri) hanya ditujukan kepada Allah yang telah mencipta seluruh isi alam ini untuk manusia.
Dengan sikap sebagai khalifah atau pengurus alam ini, manusia akan mampu menakluki alam dengan mengembangkan ilmu pengetahuan mereka tentang sunah Allah yang mengatur alam ini.
* Penulis ialah Pengurus Penyelidikan YADIM.
Motivasi Islam - Sheikh Sharifuddin Khalifa - budak 5 tahun lahir dari keluarga bukan Islam pakar mengenai islam
Walaupun dia bukan lah graduan yang ada ijazah, dalam umur 1 tahun dia telah pandai membaca Quran dan dia boleh bertutur dalam 5 bahasa iaitu Inggeris, Perancis, Itali, Arab dan Swahili tanpa pergi belajar....dan ayat pertama yang diucapkan adalah " kalau kamu beriman kamu akan diterima oleh Allah" yang dicakap dalam bahasa arab padahal dia bukan lah orang arab dan dia juga berkata bahwa dia akan hafiz Quran dan akan menghafal semua maksud Quran pada masa itu umutnya baru 1 tahun setengah dan dia juga sembahyang 5 waktu sehari pada waktu itu.
Budak ini dilahirkan dalam keluarga kristian dan sejak berlaku keajaiban pada budak ini... ibu bapanya pun memasuki agama Islam... begitu hebatnya kuasa Allah. tak terjangkau oleh akal....dan orang Islam yang telah melihat kejadian ini telah beriman dengan Allah dengan sebenar benarnya dan orang bukan Islam yang telah melihat kejadian ini telah memasuki agama Islam.
Sekarang ini dia telah bergelar sheikh sharifuddin dan sekarang dia telah berumur 5 tahun dan sudah tahu semua isi Quran....ingatlah tiada yang mustahil bagi Allah.
Motivasi kejayaan - 7 Tabiat Orang Yang Berjaya - Steven Covey
1.Pro-aktif
Maksudnya mengambil tanggungjawab terhadap sesuatu perkara dan bukannya menuding jadi kepada orang lain atau persekitaran yang menimbulkan halangan dan masalah.
2.Mula dengan wawasan di dalam minda
Bina wawasan berdasarkan prinsip "utara-benar". Cipta satu pernyataan misi hidup anda dan bayangkan kesudahan misi anda itu. Minda anda perlu membayangkan kejayaan pencapaian misi tadi untuk merangsang diri anda melakukan langkah-langkah yang sesuai ke arahnya.
3.Utamakan yang utama
Dalam usaha mencapai sasaran jangka panjang, keluarkan kerja-kerja yang bersifat segera tetapi tidak penting untuk mencapai sasaran anda. Bahagikan tugas dan rancangan dengan sebaiknya agar anda tidak perlu memperincikan semua perkara.
4. Fikirkan Menang-Menang
Apabila menghadapi kebuntuan terutamanya apabila bertembungan kepentingan dengan orang lain, fikirkan penyelesaian yang memberi manfaat kepada setiap pihak. Dengan itu, keberhasilan penyelesaian itu akan mudah dicapai.
5. Dengar dahulu sebelum berkata
Sebelum anda meminta orang lain mendengar permintaan atau nasihat anda, dengar terlebih dahulu perihal latarbelakang mereka. Apabila latarbelakang mereka diketahui anda, anda dapat memikirkan satu penyelesaian yang memudahkan mereka menerimanya.
6. Sepadukan usaha
Amalkan kerja dalam kumpulan. Jika hal ini menjadi tabiat, pencapaian anda akan menjadi berganda kerana faktor kekuatan kumpulan mengatasi kekuatan individu.
7. Tajamkan pedang
Dari masa ke semasa, amalkan peningkatan diri supaya kadar produktiviti dapat ditingkatkan selaras dengan perubahan masa.
Motivasi Usahawan - Kenali Peribadi Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Pendidikan - SPM
Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Nilai dirinya -RM1,425 juta
Ke 7 terkaya di Malaysia
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas,BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
Kereta - Proton Perdana
Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.Bagaimana sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan
2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdam! ping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
15.Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting.
16.Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak ata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. ! Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan denganbadan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.
30. .....kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi bakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yanglain.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya! Allah boleh maju.
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab.Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.
39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar. Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang wal! au setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.
Motivasi Pemimpin - Ukuran Kejayaan Sebuah Kepemimpinan
Pegawai Penyelidik, IKIM
Salah satu ciri yang menjadi asas kejayaan sesebuah kepemimpinan ialah kegigihan mencapai matlamat atau natijah perjuangan. Inilah misalnya yang ditunjukkan oleh Khalifah `Umar ibn al-Khattab r.a. yang berjaya memimpin negara Madinah berasaskan matlamat yang suci, sebagaimana yang jelas dalam ucapannya, "Perumpamaan bangsa Arab adalah seperti unta yang kesakitan hidung. Ia akan mengikut arahan gembalanya. Oleh itu gembalanya harus berhati-hati, ke arah mana ia patut dipandu. Bagiku, demi Tuhan kepada Kaabah ini, akan kupimpin mereka ke jalan yang benar." Dalam riwayat yang lain disebut bahawa beliau menegaskan, "Ya Allah, aku ini kasar, jadikanlah aku lemah-lembut; aku ini lemah, kurniailah daku kekuatan. Bangsa Arab ini ibarat unta yang tiada pedoman dan tali kekangnya berada di tanganku. Saksikanlah bahawa aku akan memastikannya berada pada landasan yang benar."
Dengan matlamatnya membawa masyarakat pimpinannya menuju kebenaran, Khalifah `Umar r.a. mengambil langkah dengan membentuk dasar-dasar yang jelas disasarkan bagi mencapai matlamat tersebut. Lihat sahaja pada dasar pentingnya seperti musyawarah (perundingan), perlantikan pegawai kerajaan berasaskan kelayakan dan kepakaran, pengawasan menyeluruh (al-riqabah) yang membabitkan pengawasan pentadbiran dan pengawasan rakyat dan amalan hisbah (menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran). Menyentuh tentang dasar pengawasan pentadbiran, Khalifah `Umar menetapkan pengawasan dan pemantauan terhadap pegawai-pegawai kerajaannya oleh semua pihak. Antara langkah yang diambil bagi menjayakan dasar ini ialah memastikan bahawa semua gabenor wilayah dan pegawai-pegawai kanan kerajaan berada di Makkah pada musim haji, iaitu apabila semua penduduk dari seluruh pelosok dunia Islam berkumpul di kota suci Makkah. Dalam perhimpunan umum yang diadakan, Khalifah `Umar r.a. memberikan peluang kepada individu atau rakyat yang mahu mengemukakan aduan atau ketidakpuasan hati terhadap pegawai-pegawai kerajaan secara langsung di hadapan khalifah dengan kehadiran pegawai-pegawai berkenaan. Malah, aduan-aduan kecil juga dibuat oleh rakyat dalam perhimpunan tersebut. Selain itu, bagi menjayakan dasar pengawasan pentadbiran negara ini, pegawai-pegawai kerajaan diwajibkan membentangkan penyata harta milik mereka ketika mula bertugas, sedang bertugas dan setelah tamat perkhidmatan. Sebagai contoh, gabenor Bahrain pernah dikenakan tindakan kerana gagal mengemukakan bukti yang sah bagi sumber pendapatan dan kuda berbaka baik yang dimiliki semasa bertugas di negeri berkenaan.
Langkah lain yang dilaksanakan oleh Khalifah `Umar r.a. bagi melaksanakan dasar pengawasan ini ialah beliau dan pembantu-pembantunya menyusun kegiatan rondaaan di seluruh negara bagi mendapatkan maklumat secara langsung dan jelas tentang kehidupan rakyat. Kisah bagaimana Khalifah `Umar r.a. menyelesaikan dengan sempurna permasalahan yang dihadapi oleh rakyat seperti kemiskinan begitu masyhur dan ia jelas menggambarkan keadilan dan kebertanggungjawabannya yang amat tinggi sebagai pemimpin. Bagi dasar pengawasan rakyat pula, setiap rakyat diberikan peluang mengawasi pentadbiran dalam semua segi termasuklah sistem pentadbiran khalifah sendiri. Ini memberikan peluang kepada pemimpin dan gabenor untuk menerima teguran dan mengakui kesilapan, jika sememangnya kesilapan tersebut benar-benar dilakukan. Di samping itu, pemimpin dan gabenor juga berpeluang meyakinkan orang ramai tentang kebenaran diri serta tindakan mereka, jika mereka sememangnya berada di pihak yang benar.
Melalui dasar telus dan terbuka ini, ternyata Khalifah `Umar r.a. mendidik setiap pegawai kerajaannya supaya sentiasa beriltizam tinggi untuk melaksanakan amanah yang diserahkan dengan penuh rasa tanggungjawab, bukan untuk mencapai tujuan atau kepentingan tertentu. Pemantauan menyeluruh terhadap pencapaian dan kesungguhan mereka melaksanakan tugas juga mendorong mereka untuk sentiasa berhati-hati. Bagi rakyat pula yang diberikan peluang untuk terbabit secara langsung dalam pemantauan urusan pentadbiran negara, mereka dibimbing untuk mencontohi nilai-nilai mulia yang dipamerkan oleh pemimpin, terutama khalifah sendiri seperti benar, beramanah dan bertanggungjawab, dan adil serta saksama.
Menelusuri zaman pemerintahan Khalifah `Umar r.a. ternyata beliau telah mencatat kejayaan yang begitu besar meskipun tempoh pemerintahannya agak singkat, iaitu sekitar sepuluh tahun. Antaranya termasuklah pengasasan Baitul Mal, mahkamah dan perlantikan hakim (qadi), pembentukan beberapa buah jabatan penting seperti jabatan perang dan ketenteraan (Diwan al-Jund), Diwan al-Kharaj, jabatan jenayah dan polis, pembinaan terusan, pewujudan cukai terhadap hasil laut dan perlantikan pegawai pemungut cukai bagi hasil berkenaan, pembinaan rumah tumpangan untuk jemaah haji diantara Makkah dan Madinah, penubuhan kota-kota penting seperti Basrah dan Kufah. Selain itu, pada zamannya juga wilayah penguasaan tamaddun Islam diperluas lagi. Beliau telah berjaya menakluk Mesopotamia dan sebahagian Parsi serta Mesir, Palestin, Sham, Afrika Utara dan Armenia. Jika diteliti dengan mendalam, setiap ciri kehidupan diberikan perhatian yang tinggi oleh Khalifah `Umar ; ibadah, siasah dan pentadbiran negara, mu`amalat dan kewangan, undang-undang dan keadilan serta pendidikan keilmuan. Dalam bidang keilmuan, Khalifah `Umar r.a. memberikan dorongan yang besar terhadap usaha menuntut ilmu dan menjadikan Madinah sebagai kota atau pusat pengeluaran fatwa serta ilmu fiqh.
Sesungguhnya Khalifah `Umar menjadi lambang pemimpin agung yang memiliki makna diri yang tinggi. Berasaskan ketaqwaan, beliau berupaya mengenali dirinya dan mengetahui dengan jelas makna dan arah tujuan hidupnya. Maka dengan yang demikian pula, beliau memiliki keupayaan untuk membimbing rakyat pimpinannya menuju matlamat dan jalan yang benar dan yang diredai Allah s.w.t. Kisah perjuangan dan kepimpinan `Umar r.a. juga memberikan isyarat yang penting kepada kita bahawa bukan pemimpin sahaja yang menggalas tanggungjawab dan amanah yang berat, malah rakyat juga memiliki tanggungjawab yang sama. Ini kerana, di tangan merekalah letaknya kuasa memilih pemimpin. Jika yang menjadi pilihan ialah pemimpin yang benar, bertanggungjawab dan yang bertekad mahu memimpin mereka kepada kebenaran sebagaimana yang ditegaskan oleh Khalifah `Umar maka akhirnya kepada kebenaranlah mereka akan dibimbing dan dipimpin. Jika yang sebaliknya dipilih oleh mereka, maka kesan dan mudaratnyalah yang akan ditanggung oleh mereka. Benarlah kata-kata Khalifah `Umar bahawa kekuasaan merupakan suatu bentuk ujian, sama ada bagi pemimpin mahupun juga rakyat yang dipimpin, "Tuan-tuan sekalian, aku ini hanyalah salah seorang daripada kamu. Jikalah tidak disebabkan cadangan khalifah Rasulullah yang lalu, yang tidak sepatutnya ditolak, maka aku tidak akan menerima jawatan ini. Sesungguhnya Allah menguji kamu dengan pelantikanku, sebagaimana Dia mengujiku dengan memimpin kamu...."
Motivasi Mufti - Mencari hikmah dalam menyampaikan risalah - Mufti Perlis
Kerajaan Habsyah adalah kerajaan Kristian dalam erti kata agama tersebut menjadi teras kerajaan. Apabila para pembesar Quraisy Mekah yang memusuhi Islam mengetahui bahawa sebahagian orang Islam berhijrah ke Habsyah, mereka mengambil langkah menghantar dua tokoh mereka yang hebat; �Amr bin al-�As dan �Abd Allah bin Abi Rabi�ah. Tujuannya agar dapat dipujuk Raja Najasyi supaya ditangkap orang-orang Islam yang berada di sana dan diserahkan kepada pembesar Mekah. Hadiah-hadiah mewah dibawa oleh kedua tokoh tersebut sebagai umpan bagi membuka laluan agar mereka dapat bertemu raja. Orang-orang besar juga menerima habuan mereka. Kata kedua tokoh Quraisy tersebut kepada Raja Najasyi: �Wahai Raja! Telah datang ke negaramu budak-budak yang bodoh. Mereka telah memecahbelahkan agama kaum mereka dan tidak pula memasuki agamamu. Mereka membawa agama yang mereka ada-adakan yang kami dan engkau tidak kenalinya. Pembesar kaum mereka yang terdiri daripada bapa-bapa mereka, paman-paman mereka dan kaum keluarga mereka telah menghantar kepadamu utusan agar engkau mengembalikan mereka kepada kaum mereka. Mereka lebih tahu keburukan mereka itu.� Namun Najasyi mengambil langkah yang berhati-hati. Dia ingin menyoal siasat terlebih dahulu. Lalu dipanggil para sahabat Nabi s.a.w. yang berhijrah ke negaranya dan ditanya mengenai agama mereka.
Sahabat
Di sini saya ingin menonjolkan jawapan yang diberikan kepada Najasyi oleh jurucakap umat Islam di Habsyah ketika itu; Jaafar bin Abu Talib. Jaafar ialah seorang sahabat yang Rasulullah benar-benar memahami hakikat dakwah Islam ini. Dalam situasi yang genting dan sukar beliau memilih jawapan yang terbaik. Kerana, sebarang penerangan yang tidak memuaskan akan mengorbankan sekian ramai yang berhijrah ke sana. Apabila Najasyi berkata kepadanya: �Agama apakah ini yang kerananya kamu telah pecah belahkan kaum kamu dan tidak pula kamu memasuki agamaku?� Lantas Jaafar bin Abu Talib pun memberikan jawapan yang sangat terpilih lagi menyentuh hati nurani Najasyi yang merupakan seorang Kristian ketika itu. Kata Jaafar: �Wahai Raja! Kami dahulunya adalah kaum jahiliah; kami menyembah berhala, memakan bangkai (binatang yang tidak disembelih), mendatangi perkara-perkara yang keji, memutuskan hubungan kekeluargaan, menyakiti hati jiran. Mereka yang kuat di kalangan kami menindas orang yang lemah. Begitulah keadaan kami, sehinggalah Allah menghantarkan kepada kami seorang rasul. Kami kenal akan keturunannya, kami kenal akan benar cakapnya, kami kenal akan amanahnya, kami kenal dia seorang yang memelihara diri dari keburukan. Lalu dia menyeru kami kepada Allah agar kami mentauhidkan-Nya dan menyembah-Nya; dia juga meminta agar kami tanggalkan apa yang kami dan keturunan kami sembah selain Allah yang terdiri daripada batu-batu dan berhala-berhala. Dia perintahkan kami supaya bercakap benar, tunaikan amanah dan hubungkan silaturahim. Dia melarang kami dari membuat perbuatan keji, perkataan dusta, memakan harta anak yatim, menuduh zina wanita-wanita baik. Dia menyuruh kami agar hanya menyembah Allah yang esa, tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu, dia menyuruh kami agar bersolat, berzakat dan berpuasa � lalu Jaafar menyebut beberapa ajaran Islam yang lain lagi. Lalu kami membenarkannya dan beriman dengannya, serta kami ikut agama Allah yang dia bawa. Maka kami hanya menyembah Allah, tidak mensyirikkan-Nya, kami haramkan apa yang dia haramkan dan kami halalkan apa yang dia halalkan. Tiba-tiba kaum kami memusuhi kami, mereka menyeksa kami, mengganggu kami dari agama kami. Tujuannya, mereka mahu agar kami kembali menyembah berhala, menghalalkan segala kekejian yang pernah kami halalkan. Apabila mereka memaksa, menzalimi, menekan kami dan menghalang agama kami, lantas kami pun keluar menuju negaramu. Kami memilih engkau, dibandingkan yang lain. Kami ingin mendapatkan perlindungan engkau. Kami harap kami tidak dizalimi di sisi engkau, wahai Raja!� Lalu Najasyi bertanya: �Adakah bersamamu apa-apa yang datang daripada Allah?� Jawab Jaafar: �Ya!� Kata Najasyi: �Bacakan kepadaku.� Lalu Jaafar membaca surah Maryam yang terkandung kisah Maryam dan Nabi Isa. Bercucuranlah air mata Najasyi, juga para agamawan Kristian yang ada bersamanya. Maka Najasyi enggan menyerah orang-orang Islam kepada Quraisy dan mempertahankan mereka. Bahkan dalam senyap, Najasyi menganut Islam. (lihat:al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 97-99, Riyadh: Uli al-Nuha).
Saya menukilkan kisah ini sebagai satu gambaran betapa Islam yang indah perlu dipasarkan secara yang indah juga. Kejayaan Jaafar bin Abu Talib dalam peristiwa ini adalah kejayaan membentangkan Islam kepada lain yang mempotensi menerima kebenaran. Isu-isu yang disentuh oleh Jaafar memaut hati nurani Raja Habsyah Najasyi yang beragama Kristian. Latar pengetahuan dan anutan Najasyi terhadap Kristian diambil ruang oleh Jaafar untuk menekan persoalan-persoalan yang dia nyatakan. Demikian juga ayat al-Quran yang dipilihnya.
Islam dan umatnya yang disalah fahami hari ini memerlukan pendekatan Jaafar bin Abu Talib. Memahami sasaran dan memilih isu yang mampu merubah keadaan. Maka, daripada ancaman salah sangka dan penindasan kepada kejayaan membawa isu dan meraih perasaan dan minda Najasyi. Isu-isu yang dibawa oleh Jaafar benar-benar memukul perwakilan pembesar Quraisy Mekah, menggambarkan keindahan Islam dan keperluan umat manusia kepadanya. Sekali gus menolak isu perpecahan yang dibangkitkan di pihak Quraisy kerana telah terlukis dalam minda Najasyi bahawa keperluan untuk agama ini muncul lebih besar dari segala isu sampingan. Penerangan itu juga berjaya menukar keadaan daripada pihak muslimin yang berada di pihak yang didakwa kepada pihak yang mendakwa. Maka dua perwakilan Quraisy itu seakan secara tidak langsung dimasukkan ke dalam kandang orang salah. Inilah kebijaksanaan atau hikmah memenangi pertarungan pengaruh. Tidak memerlukan maki hamun atau cacian, sebaliknya memerlukan hikmah.
Justeru, penerangan tentang Islam tidak boleh dibuat secara semberono atau �cincai�, apatah lagi makian dan hamunan. Sebaliknya hendaklah dengan kekukuhan hujah dan alasan serta memahami latar belakang sasaran dan keadaan. Sebab itu Allah menyebut: (maksudnya) Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk (al-Nahl: 125).
Kata al-Sa�di (meninggal 1376H): �Hikmah maksudnya setiap individu diseru berdasarkan keadaan, kefahaman, penerima dan pelaksanaannya. Antara hikmah itu, berdakwah dengan ilmu bukan dengan kejahilan, memulakan dengan yang lebih penting dan apa yang berikutnya, menyampaikan apa yang lebih dekat kepada pemikiran dan kefahamannya, dengan cara yang lebih dapat diterima, dengan lunak dan lembut. Adapun mauizah hasanah (nasihat yang baik) bermaksud dengan ungkapan yang baik yang dapat mengingatkan mereka. Antaranya dengan cara memberi amaran kepada mereka mengenai balasan Allah di akhirat dengan pendekatan yang dapat menginsafkan mereka. Sementara: berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik bermaksud cara yang paling memungkin mereka menerimanya secara akal dan nas,� (Al-Sa�di, Taisir al-Karim al-Rahman, 452, Beirut: Muassasah al-Risalah).
Ramai orang menganggap bahawa yang dikatakan hikmah dalam seruan dan dakwah itu bermaksud berlunak kata semata. Sebenarnya, hikmah kurang tepat untuk diterjemahkan sebagai lunak kata, atau lembut bicara semata. Hikmah dalam dakwah bermaksud perkataan atau tindakan yang sesuai dengan sasaran dakwah. Maka ia membabitkan persoalan ilmu perkara yang hendak didakwahkan, mengenali sasaran dakwah di sudut latar belakang, suasana dan memilih pendekatan yang terbaik. Boleh jadi pendekatan yang hikmah itu berlunak, mungkin juga bertegas. Mungkin pendekatan dakwah berhikmah seorang ayah kepada anak, tidak sama antara seorang anak kepada ayah, atau rakan kepada rakan. Juga mungkin tidak sama pendekatan dakwah pihak yang berkuasa dengan yang tidak berkuasa. Juga mungkin tidak sama pendekatan dakwah berhikmah kepada seseorang yang kita kenali dan yang belum kita kenali. Pendekatan bahasa dakwah kepada orang biasa, tentu tidak sama dengan kelompok intektual yang mempunyai kemampuan fikir yang tinggi. Sebab itu pendekatan Rasulullah kepada masyarakat badawi tidak sama dengan orang kota.
Dakwah
Masyarakat berubah, bahasa dan pendekatan dakwah juga mesti berubah. Pendekatan zaman dahulu mungkin tidak sesuai untuk suasana yang baru. Maka kita tidak boleh menterjemahkan semua tindakan dakwah yang pernah dilakukan oleh generasi lalu. Ada orang umpamanya, ingin berdakwah secara tegas seperti dilakukan oleh Sayidina �Umar, lalu apabila dia membaca Sayidina �Umar pernah memukul orang tertentu maka dia pun memukul orang ketika berdakwah. Sedangkan dia tidak mengkaji suasana �Umar tidak sama lagi dengan suasana kita hari ini. Tindakan yang dibuat oleh �Umar mampu menyebabkan orang ramai insaf. Apatah lagi dia seorang khalifah yang mempunyai kuasa dan umat Islam ketika itu berada pada zaman kegemilangannya. Sementara masyarakat kita tidak lagi seperti masyarakat �Umar, kuasa kita juga tidak seperti �Umar. Sementara umat Islam kita pula sedang berada pada zaman kelemahannya.
Maka tuntutan dakwah dengan hikmah itu menuntut agar usaha dakwah dalam bentuk ucapan atau tindakan itu adalah yang diyakini paling berkesan terhadap sasaran. Setelah kita berusaha mencari jalan yang terbaik dan berkesan, namun dakwah tetap ditolak, maka kita telah pun menunaikan amanah Allah dalam dakwah ini. Soal memberi hidayah yang sebenar, tidak berada di tangan kita. Kita telah membuat yang terbaik yang kita yakin.
Maka, memahami latar keadaan dan sasaran amat penting. Sebab itu dalam hadis: Daripada Abd Allah bin �Amr: Suatu hari kami berada di sisi Nabi s.a.w., lalu datang seorang pemuda dan bertanya: Wahai Rasulullah! Saya mencium (isteri) sedangkan saya berpuasa?� Jawab baginda: �Tidak boleh.� Datang pula seorang tua bertanya Saya mencium (isteri) sedangkan saya berpuasa?� Jawab baginda: �Boleh.� Kami pun memandang antara satu sama lain. Sabda Rasulullah s.a.w: Aku tahu mengapa kamu memandang antara satu sama lain. Sesungguhnya orang tua itu dapat mengawal dirinya (riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani). Jawapan yang berbeza diberikan oleh Nabi s.a.w. disebabkan oleh latar yang berbeza. Pemuda tersebut jika diberikan keizinan mungkin akan menyebabkan melakukan persetubuhan yang membatalkan puasa. Namun orang tua itu mampu menahan diri. Maka keduanya mendapat jawapan yang berbeza. Ini juga faktor yang menyebabkan sesetengah soalan yang sama yang ditanya oleh para sahabah diberikan jawapan oleh baginda berbeza-beza. Semuanya merujuk kepada persoalan kesan dan keperluan.
Maka pada zaman manusia ramai yang difobiakan dengan Islam atau disalahfahamkan tentang gambaran Islam, maka pendekatan paling berkesan perlu dikaji dan disemak. Penerangan-penerangan Islam secara kuno dan kolot hendaklah dihapuskan. Islam tidak pernah kuno dan kolot, ia sentiasa mengatasi sempadan zaman dan tempat. Namun yang membawa bendera agama itu yang kadangkala menjadikan Islam ini seakan kelihatan ketinggalan zaman. Program-program agama dalam media kita sepatutnya dibuat penilaian semula sejauh manakah mampu menghadapi cabaran kerencaman pemikiran dan tanggapan yang pelbagai terhadap Islam dewasa ini. Siapakah golongan yang menonton program-program tersebut? Sejauh manakah ianya mampu menampilkan kewibawaan Islam untuk generasi baru?
Kadangkala para penyampai mesej atau risalah Islam atau penceramah agama itu lebih parah untuk dibetulkan daripada orang yang hendak disampaikan itu. Sehingga terkadang kita hairan, apakah tujuan atau mesej yang hendak disampai? Lawak jenaka ke? Jual ubat ke? Cerita kartun ke? Balas dendam ke? Atau keagungan risalah atau mesej Islam. Entah berapa banyak ayat al-Quran dan sunah yang begitu indah menjadi hodoh atau tawar disebabkan tafsiran atau gaya penerangan golongan yang kononnya ingin menyampaikan Islam.
- DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis.
Motivasi usahawan - Datuk Low Boon Siew
Untuk memperolehi pendapatan lebih, di sebelah malam beliau membasuh bas dan upahnya 10 sen bagi setiap bas. Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuat demikian. Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, dia kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM 200.00 untuk diperbaiki dan dijadikanbas penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM 1.40 sehari. Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan semula. Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk Low meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British.
Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit. Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung. Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati.
Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu. Kini beliau mempunyai alasan untuk berbangga dengan kejayaannya di dalam alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan antara 10 tokoh usahawan terkemuka di Malaysia. Adalah menjadi pengetahuan umum, Datuk Low tidak pandai menulis namanya secara tepat setelah belajar sekian lama. Namun begitu memiliki satu pasukan profesional untuk berkhidmat dengannya.
Motivasi usahawan - Syed Mokhtar model jutawan pemurah
PEMILIHAN Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari, personaliti dan ikon unggul dunia korporat negara sebagai Tokoh Maal Hijrah 1429 tahun ini adalah pemilihan bijak dan kena pada masanya.Walaupun ada persepsi bahawa anugerah berprestij itu layak diberikan hanya kepada tokoh agama, tanggapan seperti ini tidak tepat kerana Islam itu bukan hanya bersifat ritual semata-mata, malah satu cara serta gaya hidup yang lengkap, syumul dan holistik.Beliau menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1429 daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini.
Syed Mokhtar antara manusia terkaya di Asia dan anak Melayu terkaya di negara ini. Syed Mokhtar yang berasal daripada sebuah keluarga Arab Hadhrami kurang berkemampuan di Alor Star kini memiliki harta bernilai RM4.16 bilion seperti dilaporkan dalam Senarai Bilionaire Dunia Forbes 2007.Kekayaan beliau tidak dijadikan milik peribadi bahkan dikongsikan dan diwakafkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.Seawal usia 25 tahun, Syed Mokhtar sudah menyumbang separuh daripada gaji RM1,500 yang diterima kepada 15 keluarga miskin, manakala bakinya digunakan untuk membiayai persekolahan adiknya.
Pesanan ibunya, Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat supaya menyerahkan separuh daripada pendapatan yang diterima setiap bulan kepada fakir miskin, kekal menjadi azimat dan pegangan hidupnya sehingga kini.
Walaupun sudah lebih 30 tahun berlalu, 15 keluarga terbabit masih menerima bantuan daripada Syed Mokhtar, selain beberapa keluarga baru dipilih menggantikan mereka yang sudah meninggal dunia.Syed Mokhtar berkata, kerajaan memberi bantuan kewangan kepadanya ketika mula-mula berniaga serta mahu membalasnya dengan menolong golongan susah, termasuk membina masjid dan membiayai kos mengerjakan ibadat haji.Nama beliau begitu dekat di hati orang miskin, fakir, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU) di negara kita oleh kerana sifat pemurah dan penyayangnya kepada golongan terbabit. Beliau sanggup melakukan apa saja untuk mengeluarkan golongan tidak bernasib baik ini daripada belenggu kemiskinan, kebuluran, buta huruf dan kesengsaraan di mana saja mereka berada sehinggalah beliau menubuhkan sebuah yayasan khas untuk tujuan murni itu. Beliau menubuhkan Yayasan Albukhary pada 1996 sebagai sayap kerja kebajikan dan menyalurkan dana bagi kerja amal yang kini berkembang sebagai entiti amal global dan aktif dalam penubuhan serta pembiayaan Muzium Kesenian Islam Malaysia dan Program Biasiswa Albukhary.
Sejarah awal beliau bukanlah datang daripada keluarga yang senang, tetapi mampu bangkit dan berjaya memecah tembok kemiskinan keluarganya untuk muncul sebagai manusia paling berpengaruh di dunia korporat di negara kita.Sehingga 2006, yayasan ditubuhkannya sudah menyumbang hampir RM1 bilion secara langsung kepada usaha kebajikan, termasuk menyertai proses membina semula kehidupan pelarian Afghanistan, bantuan mangsa gempa di Pakistan dan Iran serta mangsa bencana tsunami di Aceh, Indonesia.Selain itu, yayasan beliau juga sedang berusaha menubuhkan sebuah hospital Aids di Uganda bagi membantu kanak-kanak jalanan di Afrika dan merintis program bantuan kemanusiaan bagi mangsa perang di Iraq dan Lubnan.Bermula dengan perniagaan lembu dan beras, kini tidak satu pun sektor penting yang menjadi injap ekonomi negara yang tidak diceburi gergasi korporat ini meliputi sektor pembinaan, ICT, import eksport, cari gali minyak, perbankan Islam, perhotelan, automotif dan sebagainya sama ada di dalam dan luar negara.Syarikat Kumpulan Albukhary yang dibangunkannya juga terbabit dalam beberapa industri utama negara antaranya pengangkutan, logistik, utiliti, pertahanan, makanan dan kewangan.
Aspirasi dan manifestasi hijrah meletakkannya berada di kedudukan sekarang dan beliau tidak lagi menoleh ke belakang ditelan sejarah lama, bahkan terus memecut kerjaya korporatnya dan tidak mustahil beliau bakal menjadi manusia terkaya di Malaysia suatu hari nanti.Menelusuri sejarah kejayaan dan sumbangan beliau mengingatkan kita kepada sirah sahabat jutawan seperti Uthman Ibnu Affan dan Abdul Rahman Bin Auf yang memperhambakan diri dan kekayaan mereka seluruhnya kepada Islam dan umat Islam.Kekayaan dan kemewahan tidak menjadikan mereka lupa diri, bongkak dan hilang rasa hormat kepada orang miskin, bahkan seluruh kekayaan mereka diwakafkan kepada pembangunan dan kebajikan Islam.Realiti inilah yang berlaku kepada tokoh yang bernama Syed Mokhtar Al-Bukhari ini dan beliau menggunakan segala kekayaannya untuk membina rumah anak yatim dan fakir, rumah perlindungan kepada orang tidak bernasib baik, institusi khas untuk golongan OKU, membina institusi pendidikan khas kepada anak miskin melalui pembiayaan biasiswa, tuisyen percuma dan pelbagai lagi yang benar-benar memberi manfaat kepada pembangunan Islam di negara kita.
Kesedaran tinggi mengenai keperluan menguasai ilmu mendorong beliau membantu hampir 22,000 pelajar daripada kalangan mereka yang kurang berkemampuan mengikuti tuisyen dalam subjek Sains, Matematik dan bahasa Inggeris sejak empat tahun lalu.Setakat ini, seramai 372 pelajar dari 47 negara minoriti Islam yang belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Albukhary. Prinsip berbakti selagi hidup yang disemai ibu bapanya sejak kecil terus mendorong Syed Mokhtar mengumpul harta dan berkongsi rezeki bersama insan yang memerlukan bukan saja di Malaysia, malah di seluruh dunia."Sejak kecil jiwa saya dibentuk kedua-dua orang tua, terutama ibu untuk sentiasa membantu golongan susah yang memerlukan. Saya sendiri tidak berpeluang melanjutkan pelajaran selepas Tingkatan Lima berikutan kesempitan hidup."Saya fikir peluang itu (belajar) perlu diberikan kepada orang lain yang tidak mampu," katanya yang kali pertama berkongsi kisah suka duka dan rahsia kejayaan kepada media tempatan baru-baru ini.
Pemilihan beliau sebagai Tokoh Maal Hijrah 1429 dan siri kejayaan serta kecemerlangan beliau sewajarnya menjadi motivasi dan inspirasi kepada rakyat Malaysia. Beliau membuktikan bahawa apa saja yang dihajati boleh diperoleh sekiranya kuat bekerja, tawakal dan berdoa kepada Allah di samping mengaplikasikan segala keistimewaan dan kebijaksanaan dikurniakan Allah serta bukannya bergantung kepada nasib dan takdir semata-mata.Pemilihannya sebagai Tokoh Maal Hijrah tahun ini kerana kejayaan beliau yang dianggap luar biasa, selain kebijaksanaan menjalankan perniagaan serta sifat kemanusiaan yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia dan umat Islam di seluruh dunia.
Motivasi Usahawan - Kisah Kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary
Umur - 53 tahun
Pendidikan - SPM
Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan -RM1,425 juta
Ke 7 terkaya di Malaysia
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary
Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal.
Latar belakang kehidupan
Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.
Pendidikan
Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal�s.Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.
Membantu keluarga
Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama. Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.
Mula berniaga
Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu. Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.
Menubuhkan syarikat
Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar. Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.
Perniagaan terus berkembang
Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.Setahun selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi. Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor. Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.
Strategi tersendiri
Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.
Perniagaan pakaian
Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.
Perniagaan perkapalan
Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta � USD600,000).Pada masa yang sama, beliau mula membabitkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.
Penglibatan dalam projek penswastaan
Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.
Kepentingan
Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan. Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.
Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary
Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban. Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya. Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.
Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary
Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004. Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.Sumbangan dalam bidang pendidikanPada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah. Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.
Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1.67 bilion. --(dipetik dari I Luv Islam, 8 Julai 2007)
Motivasi Pelajar - Siti Fatimah Mokhtar - Pelajar terbaik SPM 2006 (18A)
Motivasi Pelajar - Temuramah dengan Siti Fatimah Mokhtar - Pelajar terbaik SPM 2006 (18A)
Motivasi Agama - Membangun Bangsa Dengan Manajemen Qalbu - Ustaz Abdullah Gymnastiar (Aa Gym) - Bah 1
Sudahkah Anda bertindak?
Sudah disepakati oleh setiap pembicara motivasi, bahwa tindakan adalah kunci menuju sukses. Tidak ada sukses tanpa tindakan. Sehingga dalam seminar dan pelatihan yang diberikan, mereka selalu mengatakan agar kita bertindak. Bertindak diperlukan jika kita ingin sukses. Tindakan adalah bumbu utama dalam resep menuju sukses. Sudahkah Anda bertindak?
Tindakan yang diperlukan untuk meraih sukses, bukan tindakan yang asal tindakan, tetapi tindakan dengan cara yang benar dan penuh dengan determinasi. Tindakan yang akan membawa diri kita kepada sukses adalah tindakan dengan kualitas dan kuantitas yang tinggi. Jika tindakan biasa tidak akan membawa diri kita kepada sukses, apalagi jika kita tidak bertindak.
Seberapa banyak orang yang sudah mengetahui hal ini? Saya yakin Anda juga sudah mengetahui. Lihat orang-orang di sekeliling Anda, banyak yang sudah mengetahui. Namun sudahkan mereka bertindak? Sudah mereka bertindak dengan penuh determinasi untuk meraih sukses? Tidak sedikit orang yang mengetahui harus bertindak tetapi tetap saja tidak bertindak?
Ada sesuatu yang hilang. Seringkali kita mengathui bahwa kita harus bertindak dengan penuh determinasi, namun kita tidak diberitahu bagaimana caranya agar kita bertindak dengan determinasi. Sadar harus bertindak belum cukup, sebab banyak di antara kita yang sadar harus bertindak tetapi tetap saja tidak bertindak. Mengathui apa yang harus dilakukan, juga masih belum cukup, banyak yang sudah pintar dan terampil tetapi tetap saja masih belum bertindak.
Thomas Alpha Edison adalah orang yang memiliki determinasi luar biasa. Napoleon Hill mencoba untuk mempelajari rahasia sukses Edison. Apa hasilnya? Ternyata Edison mampu mengelola pikirannya sehingga dia bisa bertindak penuh determinasi. Bill Gates juga salah satu contoh orang yang memiliki determinasi, apa penyebabnya? Sebab dia juga mampu mengelola pikirannya sehingga membuat dia mampu bertindak dengan determinasi.
Jadi rahasianya ada di pikiran Anda. Jika Anda belum bertindak dengan determinasi, berarti ada masalah dalam pikiran Anda. Dalam ebook Beauitul Mind: Berpikir Positif Islami, saya sudah menjelaskan bagaimana cara mengelola pikiran kita, yaitu mengubah pikiran kita jika masih negatif, memperkuat pikiran positif kita, dan mempertahankan pikiran positif kita sehingga menjadi buah berupa tindakan penuh determinasi.
Rayakan Kemenangan Anda
Putuskanlah untuk merancang kehidupan yang penuh dengan kemenangan untuk Anda rayakan. Semakin banyak perayaan yang Anda lakukan, maka hidup Anda akan semakin indah. Hidup indah adalah hidup yang dipenuhi dengan kemenangan-kemenangan yang patut Anda rayakan. Semantara perayaan akan membuat hidup Anda lebih bahagia. Inilah kehidupan yang indah, bukan hanya damai dan tentram tetapi juga dipenuhi dengan perayaan-perayaan atas kemenangan dan keberhasilan Anda sendiri.
Menghadiri perayaan orang lain akan membuat kita bahagia, apalagi jika Anda menghadiri perayaan diri Anda sendiri, kebahagiaan yang Anda rasakan akan lebih baik. Raihlah kemenangan, raihlah keberhasilan dan rayakanlah. Inilah sifat para pemenang sejati, yang menjalani hidup dengan penuh perayaan, penuh dengan kegembiraan baik bagi diri Anda, keluarga Anda, dan kebahagiaan untuk orang lain.
Bersukur dan memberi adalah suatu perayaan yang paling agung dan suci. Bersyukur akan membawa kebahagiaan bagi Anda. Memberi juga sama, akan memberikan kebahagiaan dan kepuasan batin yang luar biasa sambil mengharap balasan di akhirat kelak, sebab rizki Anda sesungguhnya ada pada pemberiaan Anda. Semakin banyak Anda memberi, semakin bahagia Anda, dan semakin dekat kepada kesuksesan hakiki Anda.
Semakin besar keberhasilan Anda, maka akan semakin besar perayaan Anda. Anda bisa berlibur dengan keluarga Anda ke tempat impian Anda. Anda bisa dekat dengan keluarga Anda dalam suasana suka cita. Inilah suatu perayaan yang bisa Anda nikmati kapan saja. Sekarang putuskan untuk meraih sukses demi sukses agar Anda bisa merayakannya.
Semua itu pilihan Anda, apakah Anda akan merayakan bebas dari kegagalan karena Anda tidak bertindak. Meski bebas dari kegagalan, hidup Anda tidak akan beranjak, tidak pantas untuk dirayakan. Perayaan hanya pantas untuk hasil usaha yang dilakukan dengan mengambil risiko dan ditempuh dengan kerja keras. Perayaan akan terasa lebih nikmat, jika ditujukan untuk hasil dari sebuah kesulitan.
Oleh karena itu putuskanlah untuk meraih keberhasilan yang fenomenal. Keberhasilan yang luar biasa akan menghasilkan perayaan besar yang memberikan kebahagiaan bukan hanya untuk diri Anda sendiri tetapi untuk semua orang yang ada di sekitar Anda. Raih keberhasilan bear dan rayakanlah. Inilah hidup yang bahagia, inilah hidup yang indah, yang dipenuhi dengan kemenangan demi kemenangan.
Oleh karena itu, tentukan standar hidup Anda yang tinggi, yang akan memberikan hasil-hasil yang tinggi pula. Semakin tinggi hasil yang Anda raih semakin besar perayaan yang bisa Anda lakukan. Kesuksesan adalah hasil dari standar-standar yang Anda tetapkan sebelumnya.
Jika Anda ingin menghasilkan sukses yang besar, tetapkanlah standar yang tinggi dalam kehidupan Anda.
Motivasi Quran - Ciri Kecemerlangan
Bila membicarakan term diatas, huraiannya adalah pelbagai mengikut perspektif dan pandangan yang berbeza. Menurut bahasa motivasi ataupun gaya sastera mahupun pandangan agama ianya sesuatu yang Positif dan lambang optimistik. Kecemerlangan mengikut skrip Al-Quran dan gaya motivasi Rasulullah SAW berasaskan pada Surah Al-Mukminin ayat 1-11. Ciri-ciri kecemerlangannya ialah :
Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman (23:1)
Ciri 1 : (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya (23 :2)
Ciri cemerlang pertama yang diperhalusi Al-Quran ialah kod Khusyuk. Khusyuk adalah ciri penting dalam solat yang perlu diberi perhatian. Ia adalah signifikan dan sinonim dengan kod Fokus.Bahasa mudahnya khusyuk = fokus. Individu cemerlang meletakkan fokus sebagai perkara penting dalam setiap gerakkerjanya,kerana segala kekuatan dapat ditumpukan dalam semaksima mungkin. Nilai fokus berjaya dengan adanya matlamatnya yang jelas, kerana itu antara �7habits The Most Influented Person� adalah �Begin With The End In Mind� (bermula dengan meletakkan tujuan akhir diminda).Fokus dalam ayat 23:2 ini bukan hanya dalam solat tetapi dalam semua pekerjaan yang dilakukan.Jadi, fokus pada segala tugasan anda, anda akan cemerlang!
Ciri 2 :dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan&perkataan) yang tiada berguna (23:3)
Ciri cemerlang yang dikodkan ialah Jauhi maksiat,atau boleh diterjemahkan melalui prosa�Don�t waste your time�! Individu cemerlang ialah individu yang tahu membezakan hak dan batil, pahala dan dosa,positif dan negatif, lantas menjadi individu berciri Al- Faruq.Masanya tidak dipersiakan dengan perkataan dan perbuatan yang tiada berguna kerana berpegang pada sumpah Allah SWT iaitu �Demi Masa�.Imam Hasan Al-Banna mengingatkan bahawa �Kewajipan itu melebihi dari masa yang diperuntukkan�.
Ciri 3:dan orang-orang yang menunaikan zakat(23:4)
Ciri kecemerlangan yang disebutkan dalam ayat ini ialah kod tunai zakat. Ia boleh diterjemahkan melalui perkataan zakat yang bersifat kemasyarakatan (community). Zakat dituntut oleh Islam untuk mengimbangi ekonomi umat Islam disamping membersihkan harta demi beroleh berkat dari Allah SWT. Zakat dikhaskan bagi golongan asnaf iaitu golongan yang layak menerima zakat sebanyak 8 golongan. Bagi sesiapa melaksanakan rukun Islam ke 4 ini, disebut sebagai mukmin yang muflihun (berjaya).Namun,adakah dengan hanya membayar zakat kita cemerlang? Falsafah disebaliknya adalah nilai �beri� setiap individu Islam kepada yang lain secara haknya.Ia menekankan elemen ukhwah islamiyyah.Individu yang cemerlang ialah individu yang mempunyai nilai kepedulian yang tinggi terhadap masyarakat,concern dengan masalah akhlak umat dan bertindak menjadi agen islah.Tidak berdiri dengan prinsip �ananiyyah� semata-mata.Mereka ini cuba mempraktikkan �Seek to understand then to be understood� iaitu cuba memahami orang lain sebelum meminta orang lain memahami kita.Itulah ciri cemerlang ! Terjun kedalam masyarakat!
Ciri 4 :dan orang-orang yang menjaga kemaluannya (kehormatannya) (23: 5)
Bagi insan cemerlang, semestinya nilai maruah di letakkan pada kedudukan yang tinggi.Perkataan yang dikodkan ialah kehormatan.Bahkan dalam maqasid syariah juga menjaga kehormatan individu Islam melalui hukum dan etika yang jelas contohnya pengharaman zina dan alternatifnya perkahwinan. Individu yang cemerlang memahami batas pergaulannya dalam kehidupannya yang berprinsip jelas.Ia menjaga kehormatan dirinya, keluarganya dan agamanya, serta membina bibit-bibit nilai akhlak yang mulia.Penghayatan kepada ayat �Sesungguhnya akhlak Rasulullah SAW adalah Al-Quran� cuba di implementasikan dalam segenap kehidupan mencontohi insan cemerlang Muhammad Bin Abdullah.
Ciri 5 : Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya (23:8)
Memelihara amanah dan janji adalah ciri cemerlang seterusnya yang dihighlight oleh Al-Quran. Dalam kepimpinan, 2 ciri yang penting ialah al-Quwwah dan al-amanah ( Risalah Usrah : Abu Urwah).Al-Quran juga menekankan ciri ini sebagai ciri penting sebagai kekuatan ataupun kemahiran atau nilai kompetensi bagi ciri Al-Quwwah,manakala nilai integriti atau nilai akhlak bagi ciri Al-amanah. Amanah yang diberikan dilaksanakan dengan baik kerana memahami konsep al-hasyr wa jaza� iaitu konsep hari pengumpulan dan pembalasan.Juga menghayati setiap kalimah tarhib wa taghrib (ancaman dan ganjaran) bagi pemegang amanah yang dirakamkan dalam Al-Quran.
Ciri 6 : dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya (23:9)
Dalam surah yang sama, Allah SWT menyebut tentang solat sebagai tunjang kesempurnaan kecemerlangan. Ia menunjukkan pentingnya internal forces yang kuat dalam diri individu cemerlang. Keterikatan (wala�) diri dengan pencipta yang disebut Hablumminallah ini merupakan motivasi dalaman yang terbaik bagi manusia (baca : motivasi Instrinsik).Ia sentiasa hadir dalam keadaan senang atau susah, semasa menekan atau tenang, dan ia membantu individu itu menanamkan sifat self-beloging dan self-confidence dalam diri. Kerana tuan pencipta badan semestinya tahu keperluan yang baik bagi si pemilik badan!
-Maka ciri kecemerlangan menurut al-Quran Khusyuk dalam solat (fokus)
-Meninggalkan perbuatan tidak berfaedah (hargai masa)
-Tunaikan zakat (hak kemasyarakatan)
-Menjaga kehormatan (nilai akhlak dan prinsip)
-Memelihara amanah (faham al-hasyr wa jaza�)
-Memelihara sembahyang (Hablumminallah)
Do it youself! To be an excellent person!