Tampilkan postingan dengan label Quran. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Quran. Tampilkan semua postingan

Motivasi Islam - Bersifat positif terhadap dunia

Oleh Mohd Shauki Abd Majid

Tuntutan al-Quran agar manusia aktif dalam mengharungi kehidupan dunia adalah sesuai dengan status dan fungsinya sebagai manusia. Manusia terdiri daripada roh dan jasad.
Kedua-duanya memerlukan santapan jasmani dan rohani. Di dalam al-Quran manusia dituntut seimbang antara rohani dan jasmani. Dari mana manusia mengetahui Islam mengajarkan bahawa jasmani dan rohani harus seimbang?

Ternyata kata al-hayaat dan al-mamaat di dalam al-Quran yang jumlah hurufnya sama iaitu enam dan ini berulang sama banyak iaitu 145 kali. Jadi ini salah satu bukti bahawa antara rohani dan jasmani diperintahkan agar seimbang.

Jadi salah, jika ditekankan bahawa yang penting adalah solat atau yang penting kerja. Hakikatnya yang betul adalah solat dikerjakan pada waktu solat dan kerja dilakukan pada waktu bekerja. Inilah yang dituntut oleh agama agar manusia menjalani hidupnya secara realistik.

Kejadian manusia yang terindah ini adalah kerana keseimbangan dan kesesuaiannya, sebab itu Islam sahajalah satu-satunya agama yang penuh perseimbangan yang dapat membimbing manusia menuju kebahagiaan dunia dan akhirat.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: Bukan yang terbaik di antara kamu yang mendahulukan akhirat sementara dunia ditinggalkan atau mendahulukan dunia sementara akhirat ditinggalkan. Yang terbaik di antara kamu adalah yang menghimpun keduanya.

Pemahaman yang tidak komprehensif terhadap ayat-ayat dan hadis-hadis telah mendorong sebahagian orang Islam untuk hidup secara zuhud, menahan diri dari hal-hal yang bersifat duniawi. Sebaliknya mendorong mereka untuk hidup secara solih.

Bahkan ada yang hidup secara ekstrem dan berkelakuan seperti rahib dengan menolak segala kemewahan dan kesenangan hidup, tidak mempedulikan makan minum, berpakaian seadanya, tidak memikirkan harta kekayaan dan sebagainya, kerana takut terpedaya oleh pesona dunia.

Demikian tanpa sedar manusia yang diperdaya oleh syaitan menyimpang dari as-Shiraath al-Mustaqim dan menbawa kepada sikap ekstrem yang tidak sesuai dengan agama Islam yang sebenar.

Secara umumnya memang kehidupan dunia berpotensi besar melalaikan atau melengahkan. Dalam surah al-Hadid ayat 20 Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasaan (yang mengurang) juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakan harta benda dan anak-anak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke satu masa tertentu), selepas iti engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula keampunan besar serta keredhaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Hakikat

Hakikatnya ayat ini dan ayat-ayat yang serupa, bukan kecaman terhadap dunia, yang menjadikan seseorang harus mengutuk dan mengabaikannya. Ayat ini dan ayat-ayat semacamnya, menggambarkan kehidupan duniawi orang-orang yang melalaikan agama. Bagi orang-orang yang beriman mereka menjadikan dunia sebagai ladang untuk akhirat. Mereka berupaya meraih dunia dengan berpedoman nilai-nilai Ilahi, bahkan berusaha menguasainya. Akan tetapi, tidak menjadikan dunia menguasai diri mereka
Rasulullah adalah dikatakan makhluk yang paling mulia tanpa tandingan. Rahsianya bukan kerana baginda raja atau hartawan dan sebagainya, tetapi hanya kerana baginda adalah sebenar manusia yang dapat mendaki kemuncak kemanusiaannya. Itulah apa yang dikenali sebagai insan Kamil iatu baginda makan dan minum, tidur dan berkahwin seperti manusia lain.
Rasul sendiri bersabda: Hiburilah hatimu dari saat ke saat. Beliau membolehkan menyanyi dan mendengarnya, selama nyanyian itu tidak bertentangan dengan nilai-nilai agama. Beliau tertawa, bergurau dan berolahraga. Baginda adalah hamba Allah yang paling bertakwa.
Ramai yang silap faham menganggap yang mulia dan bertakwa itu ialah tidak ada langsung kehidupan dunia. Mereka ingin terus berpuasa atau solat tanpa tidur.
Rasulullah pernah bersabda bermaksud: akulah yang paling takut dan arif dengan Tuhan kamu semua tetapi aku puasa dan aku berbuka dan aku tidur dan aku bangun berjaga malam untuk solat dan aku kahwini wanita maka siapa yang tidak ingin mengikut sunahku dia bukan umatku.(Riwayat Muslim).
Sebenarnya apa yang dimaksudkan kehidupan orang yang bertakwa tidak bererti dunia diabaikan. Takwa adalah dasar untuk kehidupan dunia dan akhirat. Allah banyak membicarakan di dalam al-Quran bahawa seseorang yang bertakwa akan memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat.
Orang yang bertakwa akan mempertahankan perseimbangan dunianya dan akhirat, perseimbangan dalam kehidupan rumah tangga, juga dalam setiap urusan yang lain.
Allah mengingatkan bahawa kita tidak boleh meninggalkan masalah dunia dan harus berbuat baik sebagaimana Allah berbuat baik kepada kita.
Firman Allah s.w.t. dalam surah An Nisaa� ayat 134 yang bermaksud: Barangsiapa yang menghendaki pahala di dunia sahaja (maka ia rugi), kerana di sisi Allah ada pahala di dunia dan di akhirat. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Sekalipun mesej takwa lebih berorientasikan akhirat, seseorang yang bertakwa juga akan mendapatkan dunia.
Dalam al-Quran diingatkan, kita harus faham akan kehidupan di dunia. Kalau tidak, di akhirat nanti kita akan kebingungan. Sikap Muslim menghadapi dunia ini harus positif, dengan hidup sebagai khalifah yang mewakili Allah untuk mengatur dan memakmurkan dunia.
Oleh kerana itu manusia diharamkan merendahkan diri terhadap alam raya ini, sebab dengan demikian itu manusia telah menpersendakan rencana dan ketentuan Allah yang memulia dan melebihkan manusia terhadap makhluk-Nya yang lain.
Sikap rendah diri atau tidak terdaya menghadapi dunia adalah tercela, kononnya bersikap pasrah kepada dunia. Sikap pasrah dan tawaduk (merendahkan diri) hanya ditujukan kepada Allah yang telah mencipta seluruh isi alam ini untuk manusia.
Dengan sikap sebagai khalifah atau pengurus alam ini, manusia akan mampu menakluki alam dengan mengembangkan ilmu pengetahuan mereka tentang sunah Allah yang mengatur alam ini.
* Penulis ialah Pengurus Penyelidikan YADIM.
READ MORE - Motivasi Islam - Bersifat positif terhadap dunia

Motivasi Quran - Ciri Kecemerlangan

(dipetik dari ulumcordova)

. ::: Cemerlang, Excellent, Brilliant ::.

Bila membicarakan term diatas, huraiannya adalah pelbagai mengikut perspektif dan pandangan yang berbeza. Menurut bahasa motivasi ataupun gaya sastera mahupun pandangan agama ianya sesuatu yang Positif dan lambang optimistik. Kecemerlangan mengikut skrip Al-Quran dan gaya motivasi Rasulullah SAW berasaskan pada Surah Al-Mukminin ayat 1-11. Ciri-ciri kecemerlangannya ialah :

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman (23:1)

Ciri 1 : (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya (23 :2)

Ciri cemerlang pertama yang diperhalusi Al-Quran ialah kod Khusyuk. Khusyuk adalah ciri penting dalam solat yang perlu diberi perhatian. Ia adalah signifikan dan sinonim dengan kod Fokus.Bahasa mudahnya khusyuk = fokus. Individu cemerlang meletakkan fokus sebagai perkara penting dalam setiap gerakkerjanya,kerana segala kekuatan dapat ditumpukan dalam semaksima mungkin. Nilai fokus berjaya dengan adanya matlamatnya yang jelas, kerana itu antara �7habits The Most Influented Person� adalah �Begin With The End In Mind� (bermula dengan meletakkan tujuan akhir diminda).Fokus dalam ayat 23:2 ini bukan hanya dalam solat tetapi dalam semua pekerjaan yang dilakukan.Jadi, fokus pada segala tugasan anda, anda akan cemerlang!

Ciri 2 :dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan&perkataan) yang tiada berguna (23:3)

Ciri cemerlang yang dikodkan ialah Jauhi maksiat,atau boleh diterjemahkan melalui prosa�Don�t waste your time�! Individu cemerlang ialah individu yang tahu membezakan hak dan batil, pahala dan dosa,positif dan negatif, lantas menjadi individu berciri Al- Faruq.Masanya tidak dipersiakan dengan perkataan dan perbuatan yang tiada berguna kerana berpegang pada sumpah Allah SWT iaitu �Demi Masa�.Imam Hasan Al-Banna mengingatkan bahawa �Kewajipan itu melebihi dari masa yang diperuntukkan�.

Ciri 3:dan orang-orang yang menunaikan zakat(23:4)

Ciri kecemerlangan yang disebutkan dalam ayat ini ialah kod tunai zakat. Ia boleh diterjemahkan melalui perkataan zakat yang bersifat kemasyarakatan (community). Zakat dituntut oleh Islam untuk mengimbangi ekonomi umat Islam disamping membersihkan harta demi beroleh berkat dari Allah SWT. Zakat dikhaskan bagi golongan asnaf iaitu golongan yang layak menerima zakat sebanyak 8 golongan. Bagi sesiapa melaksanakan rukun Islam ke 4 ini, disebut sebagai mukmin yang muflihun (berjaya).Namun,adakah dengan hanya membayar zakat kita cemerlang? Falsafah disebaliknya adalah nilai �beri� setiap individu Islam kepada yang lain secara haknya.Ia menekankan elemen ukhwah islamiyyah.Individu yang cemerlang ialah individu yang mempunyai nilai kepedulian yang tinggi terhadap masyarakat,concern dengan masalah akhlak umat dan bertindak menjadi agen islah.Tidak berdiri dengan prinsip �ananiyyah� semata-mata.Mereka ini cuba mempraktikkan �Seek to understand then to be understood� iaitu cuba memahami orang lain sebelum meminta orang lain memahami kita.Itulah ciri cemerlang ! Terjun kedalam masyarakat!

Ciri 4 :dan orang-orang yang menjaga kemaluannya (kehormatannya) (23: 5)

Bagi insan cemerlang, semestinya nilai maruah di letakkan pada kedudukan yang tinggi.Perkataan yang dikodkan ialah kehormatan.Bahkan dalam maqasid syariah juga menjaga kehormatan individu Islam melalui hukum dan etika yang jelas contohnya pengharaman zina dan alternatifnya perkahwinan. Individu yang cemerlang memahami batas pergaulannya dalam kehidupannya yang berprinsip jelas.Ia menjaga kehormatan dirinya, keluarganya dan agamanya, serta membina bibit-bibit nilai akhlak yang mulia.Penghayatan kepada ayat �Sesungguhnya akhlak Rasulullah SAW adalah Al-Quran� cuba di implementasikan dalam segenap kehidupan mencontohi insan cemerlang Muhammad Bin Abdullah.

Ciri 5 : Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya (23:8)

Memelihara amanah dan janji adalah ciri cemerlang seterusnya yang dihighlight oleh Al-Quran. Dalam kepimpinan, 2 ciri yang penting ialah al-Quwwah dan al-amanah ( Risalah Usrah : Abu Urwah).Al-Quran juga menekankan ciri ini sebagai ciri penting sebagai kekuatan ataupun kemahiran atau nilai kompetensi bagi ciri Al-Quwwah,manakala nilai integriti atau nilai akhlak bagi ciri Al-amanah. Amanah yang diberikan dilaksanakan dengan baik kerana memahami konsep al-hasyr wa jaza� iaitu konsep hari pengumpulan dan pembalasan.Juga menghayati setiap kalimah tarhib wa taghrib (ancaman dan ganjaran) bagi pemegang amanah yang dirakamkan dalam Al-Quran.

Ciri 6 : dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya (23:9)

Dalam surah yang sama, Allah SWT menyebut tentang solat sebagai tunjang kesempurnaan kecemerlangan. Ia menunjukkan pentingnya internal forces yang kuat dalam diri individu cemerlang. Keterikatan (wala�) diri dengan pencipta yang disebut Hablumminallah ini merupakan motivasi dalaman yang terbaik bagi manusia (baca : motivasi Instrinsik).Ia sentiasa hadir dalam keadaan senang atau susah, semasa menekan atau tenang, dan ia membantu individu itu menanamkan sifat self-beloging dan self-confidence dalam diri. Kerana tuan pencipta badan semestinya tahu keperluan yang baik bagi si pemilik badan!

-Maka ciri kecemerlangan menurut al-Quran Khusyuk dalam solat (fokus)
-Meninggalkan perbuatan tidak berfaedah (hargai masa)
-Tunaikan zakat (hak kemasyarakatan)
-Menjaga kehormatan (nilai akhlak dan prinsip)
-Memelihara amanah (faham al-hasyr wa jaza�)
-Memelihara sembahyang (Hablumminallah)

Do it youself! To be an excellent person!
READ MORE - Motivasi Quran - Ciri Kecemerlangan