Tampilkan postingan dengan label Motivasi pelajar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Motivasi pelajar. Tampilkan semua postingan

Pelajar-pelajar Terbaik SPM 2007 - Azali Azlan Pecah Rekod (21A) - Bulletin Utama

READ MORE - Pelajar-pelajar Terbaik SPM 2007 - Azali Azlan Pecah Rekod (21A) - Bulletin Utama

Azali Azlan - Sabar Dan Konsisten Kunci Kejayaan Pelajar Cemerlang

PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- Selain dorongan ibu bapa dan tunjuk ajar daripada para guru, sikap sabar dan konsisten merupakan kunci kejayaan bagi pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007. Azali Azlan yang memperoleh 20 1A dan satu 2A berkata beliau mengamalkan sikap belajar dengan sabar di samping membina kekuatan dalaman dengan bertawakkal kepada Allah bagi menghadapi apa jua cabaran yang mendatang.Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, Kedah itu terpilih menerima anugerah Tokoh Nilam Kebangsaan 2007 oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Azali yang bercita-cita untuk menjadi seorang profesor berkata beliau tidak mempunyai jadual pembelajaran tertentu dan hanya belajar mengikut kesesuaian dirinya."Saya tak pernah ada jadual kerana kalau ada jadual, saya akan rasa tertekan sebab kena ikutnya, jadi saya belajar bila rasa ada semangat untuk belajar tetapi semangat itu kita kena rangsang selalu," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman keputusan SPM 2007 oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Azali yang turut aktif dalam aktiviti kokurikulum berkata, keputusan mengambil 21 mata pelajaran pada SPM 2007 bukan untuk mengatasi rekod SPM tahun-tahun sebelum ini."Bagi saya kalau buat untuk memecahkan rekod, ia sebenarnya tak ada apa-apa tetapi saya buat untuk saya sendiri dan untuk cikgu dan ibu bapa," katanya yang sentiasa bertawakkal kepada Allah.
READ MORE - Azali Azlan - Sabar Dan Konsisten Kunci Kejayaan Pelajar Cemerlang

Motivasi Pelajar - Azali Azlan - Pelajar Terbaik SPM 2007 dengan 21A - Rekod Terbaik SPM


PUTRAJAYA: Cuba bayangkan bagaimana seorang pelajar boleh memperoleh 21A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 yang keputusannya diumumkan, semalam.Adakah dia mengulang kaji pelajaran berjam-jam setiap hari tanpa sebarang kegiatan riadah seperti anak muda lain yang gemar bersukan?Pencapaian menakjubkan itu turut memecahkan rekod Nur Amalina Che Bakri yang mendapat 17 1A pada 2004.


Bagaimanapun, bagi Azali Azlan, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah, dia berpuasa, memakan buah kurma, minum madu dan susu sepanjang tempoh peperiksaan menjadi amalan utamanya.

Dia memperoleh 20 1A dan satu 2A mengatasi rekod Nur Amalina Che Bakri yang hanya memperoleh 17 1A. Menurut Azali, dia mengambil 21 mata pelajaran bukan untuk memecahkan rekod, sebaliknya melakukan untuk kepuasan diri sendiri.�Tujuan asal saya bukan untuk mengatasi mana-mana rekod, tapi saya buat untuk diri sendiri serta cikgu. Bagi saya, jika buat semata-mata untuk memecahkan rekod, ia tidak memberi apa-apa makna.�Ini sebagai hadiah kepada semua guru saya,� katanya ketika ditemui selepas pengumuman pelajar cemerlang SPM di Kementerian Pelajaran di sini, semalam.

Azali mendapat 20 1A bagi mata pelajaran:

1- Bahasa Melayu,

2- Bahasa Inggeris,

3- Bahasa Arab Tinggi,

4- Pendidikan Syariah Islamiah,

5- Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah,

6- Biologi,

7- Kimia,

8- Fizik,

9- Matematik Tambahan,

10- Sejarah,

11- Geografi,

12- Perdagangan,

13- Ekonomi Asas,

14- Matematik Moden,

15- Prinsip Akaun,

16- Sains Asas,

17- Pendidikan Seni,

18- Pendidikan Islam,

19- Tasawwur Islam dan

20- Kesusasteraan Melayu.

Dia mendapat 2A dalam Bahasa Inggeris untuk Sains dan Teknologi.

Azali berkata, ketika membuat keputusan mengambil 21 mata pelajaran, guru banyak memberi nasihat dengan menerangkan kebaikan dan keburukannya jika mengambil banyak mata pelajaran.�Cikgu tidak pernah cakap jangan (ambil 21 mata pelajaran), tapi cikgu menjelaskan kebaikan dan keburukannya. Ini kerana mereka bimbang saya tidak boleh menguasai semua mata pelajaran. �Namun, saya percaya dengan diri sendiri, Saya percaya pada Tuhan. Alhamdulillah, cikgu banyak membantu. Mereka tolong dapatkan buku teks yang diperlukan. Itu sebab saya katakan ini (kejayaan) bukan untuk diri sendiri tapi untuk guru dan ibu bapa,� katanya.Dia lebih banyak belajar sendiri dengan bantuan guru dan tidak menghadiri tuisyen di luar sekolah berikutan tinggal di asrama.

Anak ketiga dari lima beradik itu mendapat 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), selain aktif dalam kegiatan sekolah, malah pernah dinobatkan sebagai Tokoh Nilam Kebangsaan 2007.Anak pasangan guru, Azlan Othman, 51, dan Rozita Sanapi, 46, dari Tikam Batu, Kedah, itu berkata pendorong utama untuk belajar datang daripada kakak sulung yang ketika ini melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Cook Universiti, Ireland.

Ditanya mengenai resipi kejayaan dan cara belajar yang dilakukan hingga memperoleh keputusan cemerlang, dia berkata: �Saya belajar dengan sabar. Bagi saya dalam perjuangan mesti ada dugaan dan cabaran daripada Allah, jadi sebagai pelajar Islam adalah perlu bagi saya untuk sabar dengan dugaan kerana setiap kesusahan itu ada kesenangan.�Cuma ketika musim peperiksaan, pengetua menyarankan saya makan kurma, minum madu dan susu, malah sebagai persediaan menghadapi peperiksaan saya berpuasa dari hari pertama peperiksaan hingga hari terakhir.�Bagi saya, itu usaha terakhir yang boleh dilakukan selepas berusaha,� katanya yang bercita-cita menjadi profesor.

Azali juga mengakui pernah berputus asa, bagaimanapun menganggapnya sebagai satu dugaan yang perlu dihadapi sebelum mencapai kejayaan yang diingini.�Pernah juga rasa tak boleh menguasai (mata pelajaran). Itulah dugaan yang saya alami sebenarnya. Untuk pulihkan keyakinan saya jumpa kaunselor, selain berbincang dengan ayah dan keluarga.�Mereka banyak bagi kekuatan untuk saya. Biasanya ayah akan nasihatkan saya supaya melakukannya selagi ia bukan satu dosa. Kemudian, saya akan cuba bina keyakinan diri untuk meneruskan usaha,� katanya.
READ MORE - Motivasi Pelajar - Azali Azlan - Pelajar Terbaik SPM 2007 dengan 21A - Rekod Terbaik SPM

Motivasi Pelajar - Tekun punca Azali Azlan dapat 21 A dalam SPM 2007

PUTRAJAYA 12 Mac � Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007, Azali Azlan percaya kesabaran dan ketekunan belajar menjadi kunci kepada kejayaannya memperoleh keputusan 20 1A dan satu 2A dalam peperiksaan itu.
Menurut anak kelahiran Butterworth itu, sikap tersebut terbukti berjaya membina kekuatan dalaman dalam dirinya bagi menghadapi sebarang cabaran yang mendatang.
��Dalam usaha mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan SPM, saya menghadapi dugaan dan cabaran.
��Sebagai seorang Islam, saya bersabar dengan setiap dugaan kerana setiap kesusahan itu ada kesenangannya,� kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah itu yang bercita-cita mahu menjadi profesor dalam bidang bioteknologi.
Ketika ditemui selepas Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2007 oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom di sini hari ini, Azali memberitahu, dia tidak mempunyai jadual belajar yang lengkap seperti sesetengah pelajar lain.
��Saya tidak pernah mempunyai jadual kerana kalau ada jadual saya akan berasa tertekan sebab perlu mengikutinya. Saya belajar apabila saya rasa ada semangat untuk belajar.
��Tetapi semangat itu kita sendiri yang kena merangsangnya selalu,� kata Azali yang turut mendapat Anugerah Tokoh Nilam Kebangsaan 2007.
Azali mendapat 20 1A bagi subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Sains, Kesusasteraan Melayu, Geografi, Bahasa Arab Tinggi, Perdagangan, Prinsip Akaun, Ekonomi, Fizik, Kimia, Biologi, Tasawur Islam, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Syariah Islamiah, Seni Visual dan Pendidikan Islam.
Dia juga mendapat 2A untuk subjek English for Science and Technology.
Dia yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik berkata, ayahnya seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Kadir di Kepala Batas dan ibunya juga seorang guru.
Menurut Azali, ibunya mengajar subjek Kemahiran Hidup dan Katering di Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Ahmad Badawi manakala bapanya mengajar subjek Kemahiran Hidup dan Sains Pertanian.
Pelajar cemerlang itu bagaimanapun berkata, keputusannya untuk mengambil 21 mata pelajaran pada SPM 2007 bukan kerana mahu mengatasi rekod SPM tahun-tahun sebelum ini.
��Bagi saya, kalau saya buat untuk memecahkan rekod, ia sebenarnya tidak bermakna apa-apa,� katanya.
Menurutnya, dia mendapat keputusan lima A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan sembilan A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).
Sementara itu, calon yang memperoleh 16 1A iaitu Quek Khai Ren dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hwa Lian, Mentakab, Pahang berkata, kejayaannya dalam SPM adalah hasil daripada sokongan dan dorongan kedua-dua ibu bapanya serta tunjuk ajar guru.--(Utusan)
READ MORE - Motivasi Pelajar - Tekun punca Azali Azlan dapat 21 A dalam SPM 2007

Motivasi Pelajar - Makan kurma dan berpuasa, rahsia Azali capai 20 1A

PUTRAJAYA: �Tidak ada rahsia, cuma saya amalkan makan kurma dan minum madu setiap hari serta berpuasa sepanjang peperiksaan selain banyak bersabar dan konsisten dalam mengulangkaji,� kata Azali Aznan, 17 daripada SMKA Yan, Kedah apabila ditanya mengenai rahsia kejayaannya mendapat 20 1A dan 1 2A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007.
Azali yang merupakan calon tunggal mengambil 21 mata pelajaran dalam SPM tahun lalu begitu bersyukur kerana segala usahanya selama ini berhasil.

�Alhamdulillah, saya begitu bersyukur dan sungguh tidak menyangka mencapai keputusan yang cemerlang memandangkan saya hanya mendapat 18A1 dan 3A2 semasa peperiksaan percubaan.
�Justeru saya mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru yang mengajar saya daripada tadika hingga sekolah menengah kerana ini bukan kejayaan saya seorang tetapi kejayaan kami bersama,� katanya selepas diumumkan sebagai antara pelajar cemerlang SPM 2007 oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Alimuddin Mohd Dom, di sini, Rabu.
Antara mata pelajaran yang diduduki Azali adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam, Mathematics, Science, Kesusateraan Melayu, Geografi, Bahasa Arab Tinggi, Perdagangan, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Physics, Chemistry, Biology, Tasawwur Islam, Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Seni Visual, English for Science & Technology dan Additional Mathematics.

Ditanya apa yang mendorongnya mengambil banyak mata pelajaran dalam SPM, beliau yang juga pernah mendapat anugerah Tokoh Nilam Kebangsaan tahun lalu, berkata itu hanya untuk kepuasan dirinya dan juga untuk ibu bapa serta guru. �Saya tidak pernah berniat untuk menandingi sesiapa, cuma saya rasa mampu untuk melakukannya dan ia berhasil,� kata Azali yang juga aktif dalam aktiviti ko-kurikulum di sekolahnya.

Azali berkata, hanya 12 mata pelajaran yang menawarkan pembelajaran di dalam kelas manakala bagi sembilan mata pelajaran lagi, beliau hanya mengulangkaji sendiri. �Justeru, saya banyak melakukan solat hajat memohon supaya diberikan petunjuk dan bertawakal kepada Allah,� katanya.

Azali berkata, beliau juga tidak mempunyai jadual pembelajaran kerana padanya itu akan membuat beliau berasa tertekan. �Jika ada jadual, kita akan rasa tertekan kerana perlu mengikut jadual yang kita tetapkan itu. �Justeru, saya hanya belajar apabila saya bersemangat tetapi pastikan semangat itu selalu ada,� kata anak kepada pasangan guru, Azlan Osman dan Rozita Sarapir yang berasal dari Sungai Petani, Kedah ini.

Azali berkata, jika diberi peluang, beliau ingin menyambung pelajarannya dalam bidang bioteknologi di Amerika atau United Kingdom. �Bagaimanapun, saya sebenarnya tidak kisah sama ada belajar di dalam mahu pun di luar negara asalkan cita-cita saya ingin menjadi seorang professor tercapai,� katanya.
READ MORE - Motivasi Pelajar - Makan kurma dan berpuasa, rahsia Azali capai 20 1A

Motivasi Pelajar - Siti Fatimah Mokhtar - Pelajar terbaik SPM 2006 (18A)

READ MORE - Motivasi Pelajar - Siti Fatimah Mokhtar - Pelajar terbaik SPM 2006 (18A)

Motivasi Pelajar - Temuramah dengan Siti Fatimah Mokhtar - Pelajar terbaik SPM 2006 (18A)

READ MORE - Motivasi Pelajar - Temuramah dengan Siti Fatimah Mokhtar - Pelajar terbaik SPM 2006 (18A)